Apakah pentingnya sholawat? Kenapa semua orang bersholawat? Besar sangatkah sholawat itu? Mari kita sama-sama selidiki kebesaran sholawat ini. Tak seronoklah bersholawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan sholawat. Oleh karena itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban sholawat.
1. Sabda Rasulullah Saw "Barangsiapa yang bersholawat ke atasku sekali, niscaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda". Hadits Riwayat Muslim.
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan bersholawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan sholat fardhu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan sholawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki & wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah sholawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca sholawat 3 kali setiap selepas sholat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca sholawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk mempelajari berbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan bersholawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang bersholawat walau sekali pada malam Jum'at, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para Nabi.
9. Sesiapa yang bersholawat 41 kali sehari, InsyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad, dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan bersholawat 1000 kali pada malam Jum'at, insyaAllah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mau pun di akhirat.
11. Amalkan sholawat 11 kali tiap kali selesai sholat fardhu karena Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Bersholawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang bersholawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keridhaanNya.
14. Amalkan bersholawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa bersholawat 3 kali setiap selesai sholat Subuh, Maghrib & Isya, Allah akan menghindarkannya daripada bencana.
16. Sesiapa yang amalkan bersholawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan bersholawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca sholawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca sholawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keridhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca sholawat sebanyak 7 kali selama 7 Jum'at berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada Baginda Saw.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi Saw dalam mimpinya maka amalkan membaca sholawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahwa amalan bersholawat 80 kali tiap selepas solat Ashar pada hari Jum'at, insyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan bersholawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah bersholawat yang kerana Allah itu Maha Luas RahmatNya.
25. Ulama' berpendapat, sesiapa amalkan sholawat setiap hari tak kira berapa hitungannya, insyaAllah dihindarkan daripada taun dan wabah penyakit yang lain.
0 Comments